Thursday, February 21, 2008

Di Kerinduan ini


Semalam...Kerinduan ini menjengah lagi,... masih lagi teringat akan keletah dirimu..
Kesepian melanda tatkala malam menjengah tiba ..dan kerinduan bertandang tanpa tepinya

Friday, February 15, 2008

Senyum & tawamu mengamit memori yg sukar untuk dilupakan...
Pelbagai dugaan dan cabaran yang pernah dilalui untuk membesarkanmu menjadi kenangan terindah buat umi dan babah..
Keletah dan perangai yang mencuit hati adalah ubat yang paling mujarab di saat keletihan dan kepenatan mendatang...

Thursday, February 14, 2008

Kenangan

Kenangan...


Tiap saat dan waktu yang berlalu.. sentiasa teringat akan dirimu...
tidak pernah sekalipun umi dan babah melupakan dirimu .. anakku..Syasya
kesedihan ini tidak pernah reda dari diri kami..
perpisahan yang abadi ini telah menjadi impak yang paling besar dalam keluarga
Kesedihan dan kerinduan abangmu Syahmi terhadapmu anakku Syasya amatlah mendalam

Setiap perlakuanmu sentiasa berada dalam kenangan kami semua...

Semoga Syasya berbahagia di alam sana... Amin....dari umi dan babah yang sentiasa menyayangimu...